Salasilah Persatuan

Persatuan ini telah ditubuhkan pada 15 Februari 1960 dengan Nombor Pendaftran 1429 (Selangor)

Keahlian

Ahli Persatuan ini terbuka kepada semua orang Islam terutama penduduk kariah Jalan Cochrane yang berumur 18 tahun keatas.

Yuran

Yuran tahunan ahli ialah RM 4.80 setahun.

Tujuan Penubuhan

Persatuan ini ditubuhkan bertujuan:-

1. Untuk menyatukan orang Islam terutama penduduk kariah Jalan Cochrane.
2. Mengusahakan pembinaan sebuah Surau (Madrasah) untuk mendirikan solat.
3. Mengusahakan dapat mendirikan sebuah Sekolah Agama dan Tadika Islam untuk anak-anak kariah.
4. Aktiviti keagamaan bagi orang-orang dewasa dari masa kesemasa.
5. Kebajikan untuk ahli dan masyarakat tempatan.

Pentadbiran Persatuan

Persatuan ini ditadbirkan oleh sebuah Ahli Jawatankuasa yang dipilih setiap dua tahun iaitu:-

1. Seorang Yang Dipertua
2. Naib Yang Dipertua
3. Seorang Setiausaha
4. Penolong Setiausaha
5. Bendahari
6. Tujuh (7) orang Ahli Jawatankuasa


SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN KEBAJIKAN AM ISLAM MADRASAH AT-TAUFIQIAH BAGI SESI 2010-2012



YANG DIPERTUA

TUAN HAJI ALIAS BIN HASSAN
019-2771788

NAIB YANG DIPERTUA

TUAN IMAM JAMALUDDIN BIN HASHIM
013-3888890

SETIAUSAHA KEHORMAT

EN. AZHAR BIN JAAPAR
013-9146348

PEN.SETIAUSAHA

EN NORAZMI BIN NIK JUSOH

BENDAHARI KERHORMAT

EN ARIFFIN BIN HJ.OMAR
016-3457216

AHLI JAWATANKUASA

-PUAN ADIYAH BINTI HARUN

- EN MOHD HASAN HELMY BIN ISMAIL

- EN JOHARI BIN HUSIN

- PUAN JAMILAH BINTI MARSOM

- EN SHAFEI BIN RIDIN

- TUAN HJ ABDULLAH BIN ABDUL AZIZ

PEMERIKSA KIRA-KIRA

- TUAN HAJI MOHD OTHMAN BIN SAID

- TUAN HAJI ZAINAL BIN ALIAS





SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA 1431 H/ HARI RAYA KORBAN


AJK Persatuan Kebajikan Am Islam Madrasah At-Taufiqiah mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban pada 17.11.2010 ini

AJK dan Ahli Jemaah sama-samalah kita mengerjakan ibadah korban pada tahun ini..

InsyaAllah bertempat di Surau At-Taufiqiah dapat melaksanakan sembelihan korban sebanyak 10 ekor lembu selepas sembahyang sunat Hari Raya jam 10.00 pagi

Agihan akan dbuat kira-kira jam 2.00 petang

Bersama-samalah kita mengimarahkan surau kita....

NOTIS PENGOSONGAN RUMAH KERAJAAN DI JALAN COCHRANE


Penduduk sekitar yang menghuni rumah kerajaan telah diberikan notis untuk mengosongan rumah tersebut sehingga 15 12.2010 ini.. namum begitu kebanyakan penghuni yang berkerja disekitar lembah kelang berasa notis yang diberikan amat singkat untuk membuat persiapan.. difahamkan rumah ganti diberikan dokat Putrajaya mano den dayo nak ulang alik,lomah rasoi lutut ni..jauh nun..
Namum begitu rayuan demi rayuan di buat hinggalah kat Presedin kita Tuan Hj. Omar tu.. dapat gak tangguh hingga akhir bulan mac 2011 ni.. Rumah PPR Bandaraya nak kasi kalau nak,,nun kat Puchong samo jauhnya ngan Putrajaya..jadi Fikir-fikirkanlah...
Kepada Ahli Persatuan yang terlibat ngan perpindahan nanti sampai-sampaikanlah alamat baru tu nanti sonang nak berhubung..manalah tahu ado makan-makan ke, sakit demam ke,dapat gelaran Datok Original ke.. boleh lah kita sama-sama rasoinya..
Eyolahhhh..

PENGKEMASKINIAN ALAMAT AHLI-AHLI


Semua Ahli-ahli Persatuan diminta untuk mengemaskini alamat semasa..borang akan diedarkan kelak..

Jumaat, 12 November 2010

Gambar Sekitar Aktiviti yang dijalankan tahun 2010


Majlis Perjumpaan Hari Raya bersama Preseidn CUEPACS
Meraikan bakal-bakal Haji
Bertahlil dan Doa Selamat untuk Bakal-bakal Haji
Majlis Penerangan oleh Pengerusi Badan Bertindak Perpindahan Kuaters